Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Paling disukai…..

Ada teman bertanya, memandangkan banyak vitamin yang saya consume sehari, pasti ada vitamin favourite saya dan apakah ia? Jawapannya ialah vitamin e. Kerana selama saya makan vitamin E saya lihat kulit saya semakin halus dan tiada berjerawat. Kesan bintik-bintik hitam atau jeragat semakin menghilang. Luka dalam akibat dari beberapa pembedahan yang saya lalui juga mudah baik. Ianya juga membuatkan tubuh saya hangat yang bermaksud tidak mudah sejuk atau sengal walaupun tidur dalam aircond. Seandainya sekali sekala terasa sengal sengal gusi atau urat gusi bengkak, vitamin e adalah jawapan terbaik saya. Ianya juga bagus untuk jantung. Saya penggemar makanan laut yang mana berkolesterol tinggi maka vitamin e menjadi kemestian untuk diambil demi memastikan saya tidak diserang sakit jantung akibat kolesterol tinggi. Hihihihi. Saya juga pastikan suami saya juga makan vitamin e selain vitamin lain kerana saya tidak mahu beliau menerima nasib yang sama seperti beberapa teman seusia dengan beliau yang menghidap penyakit jantung. Nauzubillah!

Antara lain kelebihan vitamin e yang saya tahu adalah:

*MUKA – Dengan membaiki pembekalan oksigen dan asid Nukleik, Vitamin E menyembuhkan parut, tompok dan kesan pada kulit. Kulit muka boleh menjadi lebih baik dengan cepat dengan pengambilan Vitamin E setiap hari.

*ANTI-PENUAAN – Kesan antioksidan dan Vitamin E menghalang proses penuaan sel dan memperbaiki pembekalan oksigen, memberi anda lebih ketahanan.

*JANTUNG – Mengembangkan pembuluh darah dan mencegah pengerasan arteri, keadaan begini biasanya dikaitkan dengan umur tua dan kerosakan jantung. Menghalang pembentukan darah beku.

*Vitamin E adalah diperlukan dalam pembentukan nukleus, dinding sel, RNA dan DNA pada setiap sel di dalam tubuh. Ia bertindak dengan Vitamin C untuk kesihatan sel-sel tubuh.

*KELELAKIAN DAN KESUBURAN – Vitamin E meningkatkan kelakian dan kesuburan.

Vitamin E Shaklee mempunyai 400iu untuk sebiji capsule. Ianya membekalkan 120 capsule dalam sebotol yang mana dapat bertahan selama dua bulan untuk saya dan suami consume sebiji sehari. Kesihatan adalah sesuatu yang sangat mahal kepada saya yang sudah melalui banyak pembedahan.

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *