Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Oh bengkak Susu!

Alhamdulillah selama menyusukan Addin dan Nasa, ibu melalui dan merasa apakah yang dikatakan “nikmat” bengkak susu atau dikenali juga sebagai duktus tersumbat…atau bagi sesetengah kes yang lebih kritikal diserang Mastitis.

Memang benar, pentingnya menyusukan bayi atau membuat sesi perahan yang sempurna iaitu sehingga payudara benar-benar kosong. Namun sebagai manusia biasa kita tidak dapat lari dari kehidupan yang penuh dengan aktiviti maka ada segelintir ibu-ibu yang mengepam dengan keadaan kelam kabut, tidak kurang bagi ibu yang keletihan…ibu dan bayi sama lena dan bayi pula menyusu secara ala kadar….ini antara fenomena biasa ibu yang menyusukan anaknya.

Semasa menyusukan Addin, ibu tidak mengkaji sebenar-benar kepentingan setiap vitamin… maka apa yang ibu lakukan setiap kali terjadi rasa ketulan di payudara akibat pengaliran susu yang tidak sempurna,

1. tuam dengan tuala panas/ lebih mudah mandi dengan shower air panas

2. menyusukan Addin sekerap mungkin

3. worst case…tuam dengan lapisan kobis yang sejuk (paling cepat kesannya tetapi kekangannya pula susu akan cepat kering)

Namun selepas menyusukan anak kedua ibu Nasa, ibu jarang melalui bengkak susu yang ketara seperti zaman menyusukan Addin. Ini kerana pengambilan vitamin  E yang lebih konsisten. Maklumlah dah melahirkan dua anak secara ceaserean , maka ibu akan sangat concern tentang jahitan sebelah dalam rahim tidak kurang bahagian luar supaya ia tidak nampak hodoh.

Apa yang didapati, selepas pengambilan vitamin E :

1. pigmentation semasa mengandung berkurang dengan sendirinya.

2. warna di kawasan aerola semakin mengecil dan balik seperti sediakala. Kebanyakan ibu yang telah melahirkan anak akan mendapati kawasan aerolanya semakin membesar dan gelap dan lebih banyak kelahiran maka akan lebih gelap di kawasan sekitar earola.

3. Risiko mengalami bengkak susu atau Mastitis sangat rendah kerana vitamin E dikenali sebagai best anti- oksidan iaitu ia mencegah pertumbuhan abnormal sel dalam badan selain mencegah keradangan dalam tubuh badan. Ini yang ramai tidak tahu.

4. ia melambatkan proses penuaan. Pengamal vitamin E akan nampak lebih muda dari usia sebenarnya.

5. kesan menarik untuk penyusuan ialah…susuibu dikayakan dengan vitamin E dan ini membantu bayi membesar lebih sihat kerana kandungan anti oksidan yang tinggi dalam susuibu.

———————————————————————————————————–

Ada keluhan customer ibu ” oh saya juga amalkan makan vitamin E yang dibeli di farmasi setiap hari , namun kesannya tidak seperti yang diharapkan”

Bezakah setiap Vitamin E?

Shaklee mempunyai vitamin E yang mengandungi keperluan lengkap oleh tubuh iaitu 400iu dan beserta selenium.

Pada dasarnya vitamin E ialah untuk

Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Ia memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan “premenstrual syndrome” dan penyakit fibrocystic buah dada. Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan. Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki. Ia juga mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari. Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan “retrolental fibroplasia”, sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang. Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok. Lain-lain kajian megesyorkan bahawa vitamin ini dapat memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer. Sepanjang ini diketahui bahawa vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit.

Secara kesimpulan :

1. Vitamin E membuatkan si pengamal nampak muda kerana vitamin E melambatkan proses penuaan. Pengambilan vitamin E yang konsisten sangat membantu dalam mendapatkan tekstur kulit yang cantik. Ianya juga membantu menghilangkan parut dan jeragat.Membantu wajah nampak lebih berseri dan tidak kusam.

2. Vitamin e mencegah segala pertumbuhan abnormal sel terutama kanser. Pengalaman ibu sendiri bila mengalami bengkak susu yang ketara, ibu akan mengambil dua biji vitamin E namun ianya bukanlah diamalkan secara berterusan cuma pada saat melalui saat bengkak susu atau clog duct.
Seorang teman sebelum ini mengalami masalah dimana tempat kemaluannya didapati mempunyai benjolan seperti bengkak ketumbuhan, beliau mengamalkan dua biji vitamin E selama 7 hari dan alhamdulillah ketumbuhan itu mengecut dengan sendirinya. Ini kerana Vitamin e membantu mengecutkan pertumbuhan abnormal sel dan melancarkan saraf terutama bagi ibu yang menyusu dan dapat mengelakkan bengkak susu yang berlarutan.

3. Vitamin e sangat membantu dalam aspek kesuburan. Bagi ibu yang menyusu, kedinginan adalah masalah biasa yang bakal dilalui disebabkan hormon prolaktin yang lebih tinggi dari hormon estrogen. Walau bagaimanapun melalui pengalaman ibu, pengambilan vitamin membantu mengatasi masalah kedinginan.

4. Vitamin E membantu pengaliran darah dengan lebih lancar. Membantu mengatasi masalah sarah belakang terutama mereka yang sering mengadu masalah sakit bahagian belakang badan.

5. Vitamin E membantu mempercepat proses baik luka. Sangat membantu apabila si ibu yang menyusu mengalami luka di bahagian nipple. Rata2 ibu yang menyusu akan melalui saat sukar apabila puting susunya melecet ataupun luka. Pengambilan yang konsisten sangat membantu si ibu recover dari kesakitan yang dilalui.

6. Bagi wanita yang pernah melahirkan anak, perasankah anda kawasan erola iaitu kawasan bahagian puting susu menjadi besar dan gelap. Semakin banyak kelahiran akan membuatkan ianya semakin gelap. Ibu membuat kesimpulan bahawa ianya merupakan pigmentation after kelahiran. Namun dengan pengambilan vitamin E yang konsisten  membantu kawasan gelap itu mengecil dan warna puting menjadi cerah semula.

7. Bagi yang mempunyai masalah pre-menstrual yang teruk, vitamin E membantu mengurangkan kesakitan akibat  pre-menstrual.

Sekadar tambahan maklumat mengenai bengkak susu…….

Credit to : MimiAlya

Apa itu duktus tersumbat?

Terdapat dua jenis duktus tersumbat. Jika anda mengalami benjolan bengkak di buah dada anda yang berasa sakit, lazimya disertai radang kemerahan yang bertompok pada kulit berdekatan benjol itu, ini dikatakan “duktus susu tersumbat”. Malah, duktus ini sebenarnya tidak tersumbat tetapi tisu di sekitar duktus susu itu radang dan menekan duktus tersebut. Duktus tersumbat sebenarnya adalah mastitis di peringkat awal.

Duktus yang betul-betul tersumbat jarang berlaku dan selalunya berlaku dalam beberapa minggu atau bulan selepas ibu mula menyusukan. Biasanya benjolan itu sakit dan kadang-kala terdapat juga tompok merah.

Sesetengah wanita akan mengesan satu tompok putih kecil pada hujung puting mereka, iaitu tanda saluran tersumbat dan sel kulit tumbuh di atasnya. Ini sebenarnya ialah lecur yang mudah dirawat. Jika anda menghidapinya, anda boleh merawatnya dengan mencucuk hujungnya dengan jarum yang steril. Lakukan ini selepas bayi anda telah menyusu iaitu apabila kulit anda lebih lembut.

Apa punca duktus tersumbat?

“Duktus tersumbat” (deskripsi yang lebih tepat ialah radang duktus) selalunya disebabkan oleh buah dada yang tidak “diperah” dengan efektif oleh bayi semasa dia menyusu. Jika buah dada tidak disalirkan dengan betul, susu akan terus “mengundur” disebabkan penhasilan lebih cepat daripada saliran. Susu ini akan dipaksa mengalir ke tisu sekitar yang akan menyebabkan keradangan, tisu jadi merah, panas dan sakit.

Perasaan seakan-akan selesema mungkin mengiringi mastitis dan ianya bukanlah tanda jangkitan (walaupun mastitis boleh menjadi jangkitan, selalunya ia adalah keradangan). Perasaan seakan-akan selesema ini adalah tanda bahawa badan anda menyangkakan susu itu sebagai protin asing dan sistem imuniti anda bertindak melawannya.

Apa yang boleh saya lakukan mengenainya?

Masalah duktus tersumbat boleh diselesaikan dengan memastikan bayi anda menyusu dengan efektif. Untuk melakukannya, dia mesti melekap pada dada anda dengan rapat. Panduan langkah-demi-langkah menunjukkan bagaimana ini dilakukan.

Adalah penting untuk bertindak dengan segera supaya anda dapat menghapuskan simptom awal sebelum ia mengembang menjadi mastitis sebenar.

Jika boleh, hubungilah pakar runding penyusuan dengan segera. Beliau dapat memastikan cara pelekapan bayi yang betul dan membantu bayi anda menyusu dengan efektif. Ini akan membolehkan susu terus disalirkan terus melalui buah dada anda. Berbincang dengan pakar pediatrik, pakar obstetrik atau doktor keluarga anda yang boleh mencadangkan seorang pakar runding.

Buat masa ini, ingatlah bahawa:

• Penting untuk terus menyusukan bayi anda walaupun ianya menyakitkan. Menyusulah sekerap mungkin dan elakkan masa yang panjang di antara penyusuan.

• Mempelbagaikan posisi penyusuan boleh membantu bayi anda melekap dengan lebih baik.
• Mengambil tab. paracetamol (panadol) boleh membantu melegakan keradangan dan kesakitan.

• Menggunakan pam buah dada selepas setiap penyusuan boleh membantu mengeluarkan susu.
• Mengurut buah dada anda sebelum dan selepas penyusuan adalah sangat efektif.
• Meletakkan kain flanel yang hangat (atau sejuk) di buah dada, bermandikan air panas dan urutan lembut juga boleh membantu.

Jika simptom anda tidak menyusut (selalunya selepas 24 jam) atau jika anda mula berasa sakit dan seakan-akan mendapat selesema, hubungilah doktor anda. Anda mungkin menghidapi mastitis dan anda memerlukan antibiotik jika anda mendapat jangkitan.

Adakah ini akan menjejaskan bayi saya?

Kadang-kala, aliran susu anda pada buah dada yang terjejas itu lebih perlahan daripada biasa dan ini mungkin menyebabkan bayi anda menjadi “cerewet” apabila menyusu pada buah dada tersebut. Selain itu, ia tidak akan menjejaskan bayi anda.

Bolehkah saya terus menyusu?

Adalah penting untuk terus menyusu supaya bayi anda dapat menyalirkan buah dada dan mengeluarkan semua susu, dan anda boleh mengelakkan daripada menghidapi mastitis. Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai suhu yang tinggi selepas 24 jam, dan terus berasa sakit selepas mengikuti nasihat yang terdapat di atas, anda perlu berjumpa dengan doktor anda.

Salam sayang dari ibu

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *