Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Mudahnya menjemput rezeki.

“Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan sesiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya.  Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sesungguhnya, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu. (Ath-Thalaq 65:3).


Rezeki besar

Konsep rezeki ini amat luas.

Dalam skop kecil , kebanyakan hanya melihat dalam bentuk duit semata-mata. Hakikatnya rezeki itu amat luas. Kasih sayang, keselamatan, ketenangan, kesihatan dan banyak nikmat yang ALLAH beri sehingga tidak terhitung banyaknya.

Arwah abah saya suka beri ayat ini pada saya ;

Siapakah orangnya yang mahu memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas) supaya Allah melipat-gandakan balasannya? Dan (selain itu) dia akan beroleh pahala yang besar!

Kami bukan dari keluarga senang. Namun alhamdulillah semuanya mencukupi. Sehinggalah abah meninggal dunia, saya dapat melihat keajaiban rezeki dengan amalan-amalan yang abah selalu ajar dan amal. Saya suka cara abah menjemput rezeki untuk besarkan kami.

Pernah satu ketika, ada seorang yang memakai baju yang lusuh meminta sedekah, abah terus hulurkan duit dalam poketnya.

Selepas itu abah kata, walaupun duit itu adalah yang terakhir tapi beliau yakin ALLAH akan menggantikannya. Beliau sering mengingatkan saya bahawa yang datang meminta sedekah itu hakikatnya jelmaan makhluk yang ALLAH ciptakan untuk menguji hati kita sama ada kita nak beri atau tidak.

Memang nampak ketara, bengkel kereta abah penuh dengan kereta-kereta pelanggan yang minta abah baiki.

Memang saya suka melihat perbuatan abah untuk menjemput rezeki membesarkan kami adik beradik.

Saya dibesarkan dalam dunia meniaga. Saya seronok melihat cara abah menjemput rezeki.

Abah kata dalam dunia ada dua jenis golongan ; golongan pertama mereka yang terpaksa mengejar rezeki iaitu yang mencari dunia.

Golongan kedua; mereka yang menjemput rezeki dan dunia sentiasa mengejarnya.

Kedua-dua berbeza penghayatannya.

Untuk golongan yang pertama, mereka ini pasti penat dan adakala terusik jiwa dengan ujian-ujian dunia. Dalam kehebatan pangkat dan duit yang dikejar, kesihatan terganggu, barang jualan rosak, jiwa kacau dan bergolak disebabkan mengejar rezeki sehingga adakala alpa dengan apa yang ALLAH tekankan dalam AL Quran iaitu meniaga dengan jujur dan adil. Kealpaan mengejar dunia membuatkan segelintir itu sanggup melanggar apa yang disarankan dalam Al Quran dan sunnah.


Golongan kedua pula uniknya rezeki sentiasa mengejarnya dan menjadikan ia lebih dekat pada ALLAH.

Benarlah kata-kata petikan dalam buku ” Mudahnya menjemput rezeki”

Dalam kita berusaha hakikatnya rezeki itu datang dari ALLAH jua.

Dunia akhir zaman ini lagi hebat cabarannya.


Namun perkongsian dari buku ” Mudahnya menjemput rezeki” alhamdulillah sangat memberi kesan kepada ramai sahabat seperjuangan saya.

Antara tajuk yang dikupas ialah mudahnya menjemput rezeki dengan beberapa amalan yang memang ditekankan dari zaman Rasullah s.a.w lagi.


Jom kita sama-sama menjemput rezeki dalam kehidupan seharian. Amalan ini bukan sahaja bagus untuk ahli perniagaan tetapi juga untuk mereka yang bekerja makan gaji.


Sebab seperti yang saya tekankan rezeki itu bukan hanya duit tetapi banyak nikmat-nikmat ALLAH. Nikmat ini adakala tidak disedari oleh makhluk sehinggalah ia ditarik balik sehingga mengundang tekanan dalam hidup. Wallahu alam.



 Salam sayang dari N @ Ibu Addinnasa

Read more www.anakkuwiraku.com

2 thoughts on “Mudahnya menjemput rezeki.

  1. How come Firefox displays a weird character when it should show a word?
    [url=http://b-apuestas-deportowias.com/]bono bwin[/url]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *