Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Mesej seorang sahabat….

Jumaat lalu, sahabat saya Faiz mengirimkan mesej yang membuatkan saya tenang dan rehat seketika. Antara lain, mesejnya berbunyi :

Alihkan matamu ke laut,
Airnya cantik membiru dan penuh ketenangan,
Tetapi hanya Allah sahaja yang tahu rahsia di dalamnya,
Begitulah dengan kehidupan manusia, riang ketawatetapi hanya Allah sahaja yang tahu rahsia kehidupannya…….

Jika kau rasa kecewa pandanglah sungai, airnya tetap mengalir walau berjuta batu yang menghalangnya,
Juka kau rasa sedih,pandanglah ke langit, kau akan sedar bahawa Allah sentiasa bersamamu,
Allah will keep you save within his care my dear friend

Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu, yang mencipta segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu,yang membuatkan keinginanmu terhalang serta yang menyusahkan hidupmu, pasti DIA akan damaikan hatimu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia.

Bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu,tetapi itulah yang DIA mahu kerana DIA tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk diikat dan akrab denganNYA.

Terima kasih sahabat. Kaulah antara sahabatku dunia dan akhirat. Mudah-mudahan kasih sayang dan ukhwah yang terjalin antara kita akan terus berkekalan selagi hayat dikandung badan.

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *