Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Mengajar anak membaca- part 1

Bukan mudah sebenarnya mengajar anak membaca… namun saya masih ingat pesan teacher Jun, bacakan anak anda sebuah buku cerita sehingga dia boleh menangkap beberapa perkataan dari buku tersebut. Namun persoalannya buku atau bahasa apakah pilihan utama anda? Jawapan daripada diri saya ialah Bahasa Inggeris barulah Bahasa Melayu. Bagaimana dengan anak anda? Addin mula diperkenalkan dengan beberapa perkataan asas seawal umur 3 tahun, namun tiada paksaan untuk dia menghafal. Alhamdulillah dia cepat mengingat dengan bantuan buku poket.
Untuk Bahasa Inggeris… ada beberapa perkataan asas yang perlu diingat, seperti a, an, the, at, on , up dan beberapa lagi. Buku kecil ini dipinjam oleh seorang teman saya, nanti saya akan update bila dah dapat semula buku poket itu.

Hakikatnya pada sayalah, mengajar anak orang lebih mudah dari mengajar anak sendiri. Hehehehe, namun bersyukur kerana dengan pengambilan Omega Guard Addin nampak lebih cepat mengingat banyak perkataan English yang dia dah belajar. Alhamdulillah.

Bagaimana pula dengan anak anda?

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *