Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

“M” for Mother not for Maid

Petua orang tua…melentur buluh biarlah dari rebungnya. Saya suka menjadikan cerita putera Shazlan contoh kepada Addin. Ibu selalu pesan jangan jadi seperti Fasya anak kepada makcik Som( lakonan Abby Abadi), suka menjerit, bercakap kasar mahupun tidak tahu melayan orang lain dengan baik. Addin akan mengangguk setiap kali saya beritahu. Ibu rasa bersyukur Addin dah besar dan banyak membantu ibu menguruskan tugas harian ibu.

Pada usia semuda 5 tahun Addin dah pandai membantu ibu mengemas rumah. Addin lah yang akan mengutip semua mainan untuk disimpan ke dalam kotak selepas diselerakkan oleh adiknya. Addin dah pandai basuh baju guna mesin basuh. Addin juga pandai menuangkan softlan di tempatnya sebelum memasukkan 15 helai baju ke dalam washing machine. Addin juga tahu tanpa disuruh, menyusun semua baju yang telah ibu lipat ke dalam almari. Waktu belajar pula Addin sendiri tahu waktu bila tanpa perlu dipaksa.

Alhamdulillah Addin banyak mengikut jejak ayahtok yang sangat suka membantu membuat kerja rumah. Mungkin kerana itu ibu dan abah sanggup berhabis duit untuk Addin dan Nasa. Reward untuk Addin banyak dalam bentuk pujian, ciuman tak kurang juga material seperti baju, buku dan mainan dari yang murah sehingga yang mahal.

Emak saya selalu pesan, kita bekerja cari duit untuk anak-anak. Maka berikanlah yang terbaik dari segala segi. Mungkin sebab itu hidup kami tak semewah kawan-kawan lain yang punyai kereta besar lagi gah, rumah yang penuh dengan perabot mahal dan pakaian berjenama. Kami habiskan gaji kami untuk anak-anak… berikan makanan yang terbaik, pakaian yang lebih bagus dari kami, percutian walaupun hanya bermalam di hotel yang hanya dalam lingkungan bandar.

Ada di antara teman kami yang sangat hebat dari segi rumah, kereta mahupun harta…tapi anak-anak sering sakit, bermasalah di sekolah, dan banyak lagi. Ada tu yang bancuh susu anak pun cair takut susu cepat habis.Tak kurang juga yang hentikan anak minum susu seawal mungkin. Walhal bayar duit kereta entah berapa tak pula berkira. Namun ye la, bukan semua hidup demi anak. Mungkin sebab itu juga sebabnya bila anak dah besar mereka jadikan ibu mereka maid di kemudian hari. Wallah hu alam.

Tapi saya belajar sesuatu dari seorang insan ini… seorang ibu muda yang sanggup melepaskan pekerjaannya yang memang menjadi idaman ramai orang untuk memegang jawatannya demi membesarkan anak-anaknya yang masih kecil. Memandangkan hidup di ibu kota memerlukan kos sara hidup yang tinggi, beliau membuat part time mengajar anak-anak jiran di rumah. Selepas anak-anaknya sudah mula berdikari barulah beliau menyambung semula hidupnya sebagai wanita bekerjaya. Beliau berpendapat usia anak seawal ia dilahirkan sehingga 3 tahun perlu penjagaan yang sangat rapi.Pembentukkan jiwa perlu menjadi keutamaan kerana inilah yang akan kekal sehingga ke besar kelak.

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *