Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Kebahagiaan rumahtangga

Ramai ibu2 yang mempunyai masalah kedinginan bersama suami terutama semasa menyusukan anak. Ini berlaku kerana hormon prolaktin yang sangat tinggi dan penurunan hormon estrogen yang ketara. Ibu pernah melaluinya namun alhamdulillah dengan izinNya, ibu dapat mengatasinya dengan pengambilan vitamin dan supplement yang betul iaitu pengambilan vitamin E dan alfalfa.

Namun kebahagian rumahtangga bukan terletak pada keperluan seks semata-mata. Kebahagian rumahtangga terletak pada banyak aspek… saling menghormati, bertolak ansur, saling menghargai, menyayangi,memberi sokongan, kepercayaan kepada pasangan dan bantu membantu dan banyak lagi.

Walaubagaimanapun, hasil kajian seorang kaunselor yang pernah ibu kenali, keperluan rumahtangga sebenarnya terletak pada keperluan seks. Kata beliau, jika keperluan seks sebuah pasangan itu dipenuhi dengan baik, maka kehidupan lainnya akan lebih lancar.Kata beliau lagi, yang menjadi punca kepada perselisihan, pertengkaran dan perbalahan ialah kerana keperluan seks tidak dipenuhi dengan baik.Beliau berpendapat apabila keperluan seks suami isteri itu dipenuhi maka perasaan curiga, syak wasangka akan lenyap. Sejauh mana kebenaran ini, tidak dapat ibu sahkan.

Setiap pasangan mengimpikan kesempurnaan dari pasangan masing-masing. Namun hakikatnya kita perlu saling muhasabah diri dalam perlakuan kita setiap hari. Perbincangan yang rasional sangat penting dalam memastikan keseimbangan ke atas setiap keputusan yang bakal dibuat. Baik buruk keputusan yang bakal dibuat perlulah mendapat kesedian dari dua-dua pihak.

Ramai juga yang menghantar email meluahkan masalah rumahtangga…hakikatnya ibu bukanlah seorang pakar mahupun kaunselor, selayaknya hanya sebagai teman pembimbing semata-mata. Namun ingin ibu kongsikan satu amalan yang mana ianya adalah supplement kepada kerohanian dalam membantu mengecapi kebahagian rumahtangga.

Luangkanlah masa untuk membaca al Quran setiap hari iaitu surah Al Waqiah.

Antara fadilat surah ini, seperti yang kita sedia maklum bahawa surah ini adalah surah rezeki. Kita perlu melihat dalam konteks yang lebih luas dan bukan dari segi wang ringgit semata-mata. Fadilat surah ini antaranya ialah kita beroleh ketenangan, suami akan memandang si isteri dengan penuh kecintaan dan si isteri akan memandang suami dengan penuh kasih sayang, bagi ibu yang menyusu insyaAllah mendapat manfaat dari fadilat surah ini.

Apa yang berlaku hari ini ialah ramai kaum suami mahupun isteri sibuk mengejar urusan dunia. Supplement seperti vitamin dicari demi memastikan mereka ini sihat dan terus dapat bekerja.
Mereka ini lupa bahawa roh juga perlukan supplement. Solat 5 waktu pada dasarnya ialah makanan harian yang wajib namun supplement untuk roh seperti solat sunat, berzikir dan mengaji surah2 Al Quran sangat penting.

Dalam hidup ini kita perlu seimbang… duniawi dan ukhrawi, keseimbangan roh dan jasad.

Ada orang berumur 38 tahun tetapi pemikiran dan perilakunya tidak sematang usianya, ini disebabkan rohnya tidak seiring dengan perkembangan usia sebenarnya.Begitu juga , mengapa ada budak yang berumur 12 tahun tetapi pemikirannya sangat matang terutama apabila budak ini telah dididik dengan pelbagai aspek kerohanian seperti menghafaz al Quran, mengaji dan sebagainya…ini disebabkan rohnya seiring dengan usianya.

Bagaimana nak pastikan kita seimbang? Pastikan keperluan keduanya dicukupi. Hanya kita yang mampu muhasabah dan mengenali diri kita sendiri. Apabila seimbang, kita akan lebih bertanggungjawab pada diri, pencipta , masyarakat dan alam semesta.

Hati yang dipenuhi dengan rasa risau dan runsing adalah hasil dari roh yang tidak seimbang atau erti kata lain adalah roh yang sakit. Banyakkan istighfar dan dekatkan diri dengan pencipta. InsyaAllah keseimbangan diperolehi.

Mengapa adanya ibu2 yang sentiasa risau dengan penghasilan susu? Sebenarnya hakikatnya adalah kerana roh ini runsing dan rindu untuk mendengar puji-pujian kepada pencipta, alunan mengaji yang mendekatkan roh kepada pencipta.

Ini hanyalah sekadar perkongsian dari hati ibu buat tatapan pembaca. Ianya juga mengingatkan ibu agar sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberi, alhamdulillah. Semoga kita sama-sama beroleh kebahagian di dunia dan akhirat. InsyaAllah.
Salam sayang dari ibu

Read more www.anakkuwiraku.com

One thought on “Kebahagiaan rumahtangga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *