Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Jika saya tak makan vitamin….apa akan jadi?

 Ada antara teman2 ibu yang bertanya, apakah akan jadi jika kita tidak makan vitamin… Sebenarnya tiada apa2 akan terjadi jika kita tidak mengambil vitamin dalam diet seharian  SEANDAINYA kita boleh mendapatkan zat vitamin dari sumber asli. Sebagai contoh, kita boleh pastikan kita minum 4-8 gelas susu sehari bagi ibu yang telah melahirkan anak serta yang menyusukan anak bagi keperluan kalsium kepada tubuh kita. Pastikan juga kita mengambil makanan yang lengkap untuk makan tengahari dan makan malam, sebagai contoh dalam menu tengahari kita mengambil nasi, sayur sawi, ikan goreng, kerang atau ketam manakala makan malam salad, buah2an yang banyak, ayam goreng, telur ayam dan sedikit daging. Hakikatnya mampukah kita mendapatkan menu sebegini seharian? Dengan ekonomi yang sedikit genting pastinya kita juga akan mencatu makan tengahari terutama yang terpaksa membeli….Jika ini berlaku, bolehkah kita pastikan kita mengambil makanan yang seimbang? Bagi mendapatkan 12 jenis vitamin dan 7 jenis galian , ada pendapat yang mengatakan kita perlu makan dalam 40 hidangan untuk melengkapkan ke semua keperluan zat vitamin. Mampukah kita?

Ibu ada seorang teman yang bangga selama hidupnya tidak mengambil hatta sebiji vitamin… nak dijadikan cerita baru2 ini beliau jatuh dan tulangnya retak, doktor juga menjelaskan bahawa tulangnya reput dan kemungkinan untuk teman ibu ini mendapat osteoporosis sangat tinggi. Beliau terkedu sungguh kerana tidak menyangka begitu besarnya peranan vitamin terutama pada ibu yang menyusukan anaknya.

Mengapa orang dulu2 boleh menyusukan anak mereka anpa perlu pengambilan vitamin? Siapa kata? Klinik kerajaan sendiri akan mengesyorkan agar ibu2 yang mengandung dan menyusukan anak mengambil vitamin yang utama iaitu multivitamin dan asid folik. Ini dikhuatiri si ibu akan kekurangan darah dan akhirnya mendapat penyakit anemia atau sebagainya. Namun tidak dinafikan orang dulu2 menyusukan anak dengan kurang ilmu pengetahuan… tidak tahu kepentingan vitamin tetapi mereka ini menjaga apa yang dimakan, mereka pastikan mereka mengambil makanan yang dapat membantu membina darah seperti limpa, hati lembu, kerang, kupang. Kita hari ini telah banyak didedahkan agar kurangkan mengambil makanan organ dalaman maka dengan ini pastinya terdapat sedikit kekangan untuk mendapatkan makanan yang membantu menguatkan si ibu.

Ibu akui ibu banyak bergantung dengan vitamin kerana

1. Ibu takut mengidap kolesterol tinggi jika makan telur lebih 3 biiji seminggu….walau ibu tahu kuning telur itu mengandungi banyak vitamin B.

2. Ibu takut gemuk jika minum susu lebih dari 4 gelas kerana sumber tenusu diketahui kaya dengan lemak…tiada istilah low fat milk pun sebenarnya.

3. Ibu tidak mampu untuk membeli oren berbakul2 sehari terutama untuk pastikan keperluan minimum 500mg vit c tercapai.

4. Menu harian ibu tidak pernah lengkap maka untuk dapatkan 12 vit dan 7 galian adalah mustahil

5. Ibu selalu tidur kurang dari 6 jam maka sudah pasti banyak vitamin b dalam badan ibu musnah dan ini pastinya perlu diganti dengan segera agar mood ibu tidak swing dan ibu tidak terus letih.

Jadi ibu memilih untuk mengambil vitamin bagi melengkapkan keperluan tubuh badan ibu.

Ternyata ramai yang merasakan dirinya tua apabila melebihi usia 30 tahun dan ibu sangat terharu apabila mereka yang pernah berjumpa dengan ibu mengatakan muka ibu seperti mereka yang berusia 25 tahun, masyaAllah. Betullah kata pakar kulit, jika tubuh kita cukup vitamin C maka kolagen yang terbentuk juga akan memastikan kulit kita sentiasa nampak muda, masyaAllah.

Salam sayang dari ibu


Read more www.anakkuwiraku.com

3 thoughts on “Jika saya tak makan vitamin….apa akan jadi?

  1. Ada kawan saya yg baru try Trial Pack (alfalfa Set) seminggu, tujuan asal untuk milk booster, sebaliknya mendapati kulitnya makin cerah.

    Dia tanya saya, vits mana yg beri impak sebegitu? Pastilah vit-C, kann? 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *