Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Entry yang tidak berkaitan dengan BF

Sejak balik Muar last week ibu dah terjatuh hati la dengan sinetron yang sedang berlangsung di Astro sekarang ni…Benci Bilang Cinta. Cerita ini dilakonkan oleh Baim Wong dan Marshanda…mula2 tak minat pun bila tengok 1-2 episod kat rumah mak. Tapi hari Sabtu lepas balik ke Miri petang tu ibu tengok marathon sinetron ni dari jam 5pm sampai 8.30mlm… tak dapat tengok sampai jam 9mlm sebab nak g makan malam kat Selera Melayu kat Seberkas.

Sejak dari itu ibu mengikuti cerita bersiri ini…best dan boleh tahan menarik. Ianya sama dengan cerita Korea Princess Hours. Walaupun ibu tak pernah tahu cerita Korea ni tapi sebab atuk(mak ibu) sangat2 up to date ngan cerita bersiri maka ibu pun tahulah sikit2.

Apa yang best tentang cerita ni? Ala ianya tentang perkahwinan kontrak dan akhirnya saling jatuh cinta. Suka tengok Baim Wong bawa watak Dimas , kononnya waris tunggal keluarga kaya Keluarga Subekti. Dipadankan pula  dengan pelakon wanita yang cun iaitu Marshanda yang bawa watak Nona Winda yang happy …..Jika kalian nak tengok, waktu siarannya ialah jam 6.30pm-7.30pm dan ulangan pada jam 11mlm hari yang sama iaitu Selasa hingga Jumaat. Jika tak dapat tengok hari weekdays, tengok aje marathon…hehehehe.

Bila tengok cerita ni buatkan ibu rasa rindu yang amat kat abah tersayang…tak sabar nak tunggu abah balik sebab nak celebrate besday Addin sama2….Abah, ibu rindu sangat kat abah!

Salam sayang dari ibu

Read more www.anakkuwiraku.com

One thought on “Entry yang tidak berkaitan dengan BF

  1. rupanya bkn sy sorang yg gila tgk citer tu. Awak pn sama ye? Hehe….citer tu mmg best..setiap hr sblm sy gie keje,sempat tgk dr kol 8 till 8.30. Hari sabtu mmg x leh kacau time 5-9…yg bestnya anak2 pun semua suka tgk. So,xde lah berebut tv dgn depa…tp episode dia pjg tau N….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *