Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Doakan kami…

Dah hampir 5 hari kami tiba di Miri…dan selama hampir setahun juga kami merindui kehidupan yang tenang di Miri yang tidak sibuk dengan kehidupan duniawi semata2… mengapa ibu suka Miri? Sebab tiada kesesakan lalu lintas seperti diKL, ada kelab rekreasi yang berdekatan dan banyak juga yang dah bertambah maju tentang Miri.

Selama setahun duduk KL ibu di manjakan dengan makanan kegemaran ibu, choc indulgence by secret recipe…nasib baik dah ada di Miri ( ada dua tempat iaitu di Bintang Mall dan berdekatan dengan Grand Palace Hotel.) Big Apple pun ada… sebenarnya dah banyak maju la Bandar Miri ni…Tapi yang paling ibu suka pergi jalan dalam Boulevard Mall paling best sebab barang dapur mahupun barang basah untuk masak boleh kata murah atau setara dengan harga di Semenanjung. Sekarang pula dah mula dengan sales untuk krismas…hebat kan?

Namun yang buatkan hati ibu sedikit gundah gulana ialah kerana kami masih belum dapat mencari rumah untuk di sewa yang selesa, dan yang berkenan di hati. Jika ada pun, tuan rumah belum pasti nak menyewakannya… hmmm itu sahaja yang buat hati ibu sedikit risau, maklumlah selepas ini abah banyak kerja di luar bandar Miri so jika diizinkan Allah ibu nak cari rumah yang berdekatan dengan bandar agar mudah nak ke Boulevard. Ibu memang berharap agar kalian dapat mendoakan untuk kami agar urusan kami dipermudahkan.

Bagaimana Addin dan Nasa? Mereka juga seronok tinggal di sini semula. Hari kedua kami di Miri , Nasa berkata kepada Addin, ” Abang Addin jum naik pal bang” (maksud: abang Addin mari naik kapal terbang) …ketawa ibu mendengarnya, agaknya Nasa ingat naik kapal terbang macam naik kereta…hihihi. Mereka dua beradik tiba2 menjadi seorang yang berselera dengan makanan… alhamdulillah, mereka really enjoy makan Sugarbun yang hanya terdapat di Sarawak dan Brunei kalau tak silap ibu.

Jika ada yang tanya sementara cari rumah kami duduk di hotel, tak boring ke? Jawapannya tidak sebab bawah hotel ni shopping complex antara terbesar juga di Miri…hihihihi. Siapa yang pernah datang ke Miri pasti mereka tahu Imperial
Hotel yang bawahnya shopping complex Boulevard juga (2nd branch).Ibu cuma perlu ready kan duit untuk belikan makanan jika anak2 putera ibu lapar dan dahaga.

Hmmm, dah waktu bersiap nak breakfast dengan putera2 ibu… sehingga bertemu lagi.

Salam sayang dari ibu

Read more www.anakkuwiraku.com

3 thoughts on “Doakan kami…

  1. Tak sabar nak gi Miri..

    tapi lum ckp dkt lan.
    saya dok "silent mode' 2 mlm..

    heheh…ngada2..saja nak tarik perhatian laki ku yg tak pandai memujuk itew… hahah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *