Bila mak meninggal…..hilang tempat saya bergantung doa, namun saya kena move on!

Saya tak la rapat dengan mak dibandingkan saya dengan abah. Saya banyak bersembang dan bercerita dengan abah. Walaupun pernah kena marah teruk macam mana pun, saya akan tetap cari abah. Malah masih ingat lagi mimpi terakhir saya dengan abah sebelum abah meninggal esoknya. 
Berbeza dengan mak…. Saya selalu telefon mak. Ditambah duduk Miri, saya jarang balik. Masa awal2 duduk sana, saya bergantung pada sumber pendapatan suami sahaja. Balik KL pun bila suami ada meeting. Raya? Kos besar….so mostly saya tak balik hinggalah bisnes Shaklee berkembang dan saya ada income yang stabil barulah kami balik setiap tahun.
Saya suka bersembang dengan mak bercerita tentang cabaran saya dengan anak-anak. Saya tak pernah merungut hal bisnes dengan mak sebab saya faham mak dah tua untuk dibebankan dengan cabaran bisnes saya. Cuma saya ada satu tabiat setiap kali telefon, saya akan minta mak doakan kejayaan untuk saya. Nanti mak pasti jawab….”baik, nanti mak doakan”. Tapi perbualan takkan terhenti takat tu aje, saya akan minta mak terus doa kerana saya nak dengar mak doakan untuk saya. Janggalkan ? Memula ya, tapi bila dah biasa, mak pun dah masak dengan perangai saya.
Di saat mak menghembuskan nafasnya yang terakhir, dunia jadi gelap seketika. Rasa nak pengsan pun ada. Tapi saya anak sulung. Saya kena uruskan semua urusan pengebumian mak secepat mungkin. Bila mak kita meninggal, sesungguhnya hilang satu keberkatan dalam hidup iaitu doa seorang mak.
Saya jadi lost seketika. Sebulan juga saya rasa hidup tanpa jiwa. Saya rasa rindu nak sembang dengan mak. Tapi saya tak nangis meratap pemergian mak cuma jiwa rasa kosong sangat. 
Namun saya sedar, dikala ini mak lebih memerlukan doa saya. Doa anak adalah 3 perkara yang takkan putus bila matinya seorang anak adam. Jadi saya tak boleh nak layan sangat perasaan jiwa yang kosong ni.

Saya sedar, Allah masih berikan suami dan anak-anak. So hidup perlu diteruskan. Saya cuba buat semua rasa ralat dalam diri. Saya buang rasa kecewa, sedih dan marah yang terpendam. Saya cuba bersyukur dengan apa yang sedia ada. Saya kena bangkit. Saya masih ada mak mertua yang sentiasa beri sokongan pada saya. Saya masih ada ayah mertua yang sangat baik. Saya perlu bersyukur dengan apa yang ada. Allah lebih sayangkan mak. Mak juga dah berusia dan perlu berehat di alam yang abadi.
Saya cuba menyedapkan hati dengan mengatakan pada diri, saya dah buat yang terbaik sepanjang mak hidup. Saya yakin Allah atur yang terbaik untuk kami 7 beradik.

Sebenarnya untuk kita melangkah dalam kehidupan, kita kena buang semua cerita silam yang menyakitkan, yang menyedihkan….kita kena selalu dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Malah bersyukur ujian itu diberi setanding kekuatan diri kita.
Nak bangkit kena ada ilmu. Kena minta hidayah selalu dari Allah supaya diberi petunjuk untuk dapatkan ilmu.
Allah maha baik. Dia takkan tinggalkan kita sendirian……
Al fatihah….moga Allah menempat mak dan abah dalam syurga Firdaus tanpa hisab. Amin.

 ðŸŒ» Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

 #pengedarshakleeterengganu 
#shakleereadystock 
#ShakleeVivixkualaterengganu 
#ShakleeMalaysia
Read more www.anakkuwiraku.com

One thought on “Bila mak meninggal…..hilang tempat saya bergantung doa, namun saya kena move on!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *