Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Bila budak 3 tahun berbicara tentang RINDU

Bila abah turun laut previous trip, the next day si kecil Nasa bertanya kepada ibu apabila dia buka mata dari tidurnya…

Nasa : Ibu rindu abah?

Ibu : Mestilah rindu. Nasa tahu apa tu rindu?

Nasa : Mestilah tahu, rindu tu rindulah…ingat kat orang tu.

Tersenyum ibu mendengar keletahnya.

Semalam kawan , sahabat dunia akhirat ibu datang…siapa lagi jika bukan auntie Faiz yang glamour dengan nama mak Aji dikalangan Addin dan Nasa.

sebenarnya masa auntie Faiz datang, ibu baru nak tidurkan Nasa dalam buaian…. bila dengar bunyi hon, Nasa terus keluar dari buai menyambut Faiz dengan kedua tangan dilapangkan meminta Faiz memeluk dan mendukungnya.

Nasa memang cukup-cukup sayang Faiz. Macam makciknya sendiri….dan macam biasa dijemputnya makcik kesayangannya itu masuk ke rumah.

Bila dah ada tetamu, manakan hati senang nak tidur? Nasa meminta ibu mandikan dia kerana merasakan dirinya panas…memang cuaca pun panas terik. Sebelum masuk bilik, Nasa sempat bagi tahu Faiz dia nak masuk bilik nak mandi kejap….
mulutnya memang ringan berbicara.

Selepas mandi ibu minta Nasa tidur…tahu apa jawapannya?

Nasa : Ish mana boleh tidur, siapa nak layan mak Aji kat depan tu (ruang tamu)?

Ibu mampu tersenyum sebab malas nak argue …macamlah auntie Faiz tu datang nak bersembang dengan Nasa ….kekekeke.

Bila Nasa keluar dari bilik, terus dia mendekati auntie Faiz dan duduk di riba auntie Faiz.

Nasa : Mak Aji, wangi tak Aca?

auntie Faiz : Wangi la… dah mandi ya 🙂

Nasa : Mak Aji nak tanya sikit boleh?

Auntie Faiz : Boleh, apa dia tu?

Nasa : Mak Aji rindukan Aca tak?

auntie Faiz : Rindu…sebab tu Mak Aji datang.

Nasa : ooooo…. Aca pun rindukan mak Aji tau. Aca sayang mak Aji!

auntie Faiz : Mak Aji pun sayang Aca ! sambil memeluk si kecil ibu tu.

Betapa keletahnya dia bicara mengenai rindu….ni baru umur 3 tahun.

Benarlah apa orang kata, nak tengok hasil tuaian perlukan masa. Memang berbaloi bagi anak -anak makan omega! Otaknya kreatif dan mudah tangkap apa yang orang ajar.

Siapa yang pernah telefon ibu dan Nasa yang jawab, mereka sure ingat yang jawab tu adalah Addin dan tak kan menyangka sebenarnya yang bercakap tu adalah kanak-kanak berumur 3 tahun.

Setiap hari soalan pada awal pagi dari Nasa ialah….”Bu, hari ni ada orang order trial pack?”
Jika dah ada, dia akan senyum…namun jika ibu jawab belum ada, Nasa akan segera angkat tangan dan berdoa

“YA ALLAH BAGILAH IBU AKU POS TRIAL PACK, AMEEN !”

Alhamdulillah mungkin berkat doa si kecil ini juga sambutan trial pack memang hebat setiap bulan dan mencecah lebih ratusan trial pack sebulan yang ibu pos 🙂 Alhamdulillah Ya Allah!

Nanti ibu akan cerita lagi kepetahan Nasa dan cerita Nyonya jual kangkung!

Salam sayang dari ibu

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *