Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Belajar dengan Pakcik “Google”

Sambil menyelam minum air, itulah yang sesuai saya katakan untuk Aishah dan Nana semalam. Mereka datang nak beli buku, tapi dalam pada tu terus datang belajar meningkatkan kemahiran berblogging.

Nana paling kesian sebab blog dia kena block dengan google. Entah kenapa. Saya pun tak berapa pandai nak tengok kan…so saya cuba tanya sifu internet saya Master Sifu Azri. Sambil itu saya minta bantuan pakcik Google saya.

Shaklee Business Online

Memang betullah kata orang, kalau nak seribu daya mahu seribu cara. So saya type la kat google cara nak buka blog yang kena block…alhamdulillah memang ada solution.

So seronok sakanlah Nana semua entry dia dapat dibaca lagi. Terus bersemangat Nana nak update blog dia.

Sebenarnya untuk info saya suka refer google namun bukanlah saya percaya 100%…mana yang boleh dicerna oleh minda saya amik…mana yang saya was-was saya baca sekali pandang aje.

Jadi sebenarnya kalau nak berjaya, hari ni banyak sumber boleh diguna pakai. Sama ada nak atau tak sahaja.

Kalau kita usaha insyaALLAH ada cara. Kalau tak faham bahasa Inggeris gunakan lagi Pakcik Google untuk tolong translate kan.

Balik pada hati, kalau nak semua kita usahakan. Tak dapat buat sendiri cuba tanya cikgu tapi buat sendiri bukan minta cikgu buatkan sebab kalau sibuk suruh orang tolong, sampai bila-bila kita tak belajar.

Saya teringat kata-kata dalam buku motivasi…perkara yang kita takut dapat diatasi dengan melakukan apa yang kita takut. Kalau takut orang ketawakan, maka usahalah cari ilmu supaya tak dipandang rendah bukan pergi kutuk orang yang tak tolong kita.

So kawan-kawan, selamat belajar dari pakcik Google. Moga ia juga beri manfaat atas ilmu yang kalian sedang cari.

Selamat malam….

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *